21 Jun 2014

Perspektif Warna

Bagi menghidupkan lagi sesebuah karya, pengetahuan dalam gubahan perspektif warna amatlah penting kerana dengan penggunaan campuran warna yang betul dapat menampakkan kadar kedalaman sesebuah ruang samada ruang cetek atau dalam. Selain daripada saiz objek yang dilukis semakin kecil ke belakang.

bangunan dan manusia yang semakin jauh selain daripada dilukis dengan saiz yang lebih kecil, 
diwarnakan juga dengan warna yang semakin pudar bagi menampakkan kesan ruang

bangunan dan pokok yang semakin jauh diwarnakan dengan warna 
yang semakin pudar ke belakang

1. Perubahan ton warna sama ada daripada terang kepada gelap atau sebaliknya iaitu daripada gelap kepada terang dapat menampakkan kedalaman sesebuah ruang

2. Semakin jauh kedalaman sesuatu ruang, semakin pudar warna objek-objek di dalamnya. Contoh yang biasa kita lihat iaitu bukit bukau di sekeliling kita. Warna bukit akan berubah daripada hijau kekuning-kuningan kepada hijau pudar kebiru-biruan.