21 Jun 2014

Perspektif Warna

Bagi menghidupkan lagi sesebuah karya, pengetahuan dalam gubahan perspektif warna amatlah penting kerana dengan penggunaan campuran warna yang betul dapat menampakkan kadar kedalaman sesebuah ruang samada ruang cetek atau dalam. Selain daripada saiz objek yang dilukis semakin kecil ke belakang.

bangunan dan manusia yang semakin jauh selain daripada dilukis dengan saiz yang lebih kecil, 
diwarnakan juga dengan warna yang semakin pudar bagi menampakkan kesan ruang

bangunan dan pokok yang semakin jauh diwarnakan dengan warna 
yang semakin pudar ke belakang

1. Perubahan ton warna sama ada daripada terang kepada gelap atau sebaliknya iaitu daripada gelap kepada terang dapat menampakkan kedalaman sesebuah ruang

2. Semakin jauh kedalaman sesuatu ruang, semakin pudar warna objek-objek di dalamnya. Contoh yang biasa kita lihat iaitu bukit bukau di sekeliling kita. Warna bukit akan berubah daripada hijau kekuning-kuningan kepada hijau pudar kebiru-biruan.


17 Apr 2014

Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid PPPM (Penambaikan PBS)

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..

Guru-guru yang mengajar kelas-kelas PBS sepatutnya telah diberi taklimat tentang perubahan dan penambahbaikan PBS oleh pihak pentadbiran sekolah masing-masing. Dari PMR menjadi PBSMR, kemudian ditukarkan ke PPMR dan kini dengan rasmiya PMR mulai tahun 2014 ditukarkan kepada Pentaksiran Tingkatan 3, PT3.

Antara perubahannya termasuklah Dokumen Standard Prestasi (DSP) ditukarkan kepada Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM) yang telah dipermudahkan. Guru-guru PSV boleh memuat turun dari :-

Laman Web Lembaga Peperiksaan di sini
atau

         PPPM PSV Tingkatan 1
         PPPM PSV Tingkatan 2
         PPPM PSV Tingkatan 3

Selain daripada itu, tiada lagi sistem SPPBS Online dan fail Eviden, fail Perkembangan Murid dan Fail Showcase juga telah di hapuskan.

Markah murid pula akan di masukkan data oleh guru secara offline ke dalam sistem Ms Excel yang belum dikeluarkan lagi oleh pihak kementerian..

3 Feb 2014

Soalan KRSV 2014

Assalamualaikum dan salam 1M,

Kepada calon-calon SPM 2014, bolehlah memuat turun Soalan Kajian Rekaan Seni Visual (KRSV) SPM 2014 di link Lembaga Peperiksaan berikut:

Soalan KRSV 2014 (web LPM)
atau
Soalan KRSV 2014 (Google Drive PSV)

Selamat berjuang

10 Jan 2014

Dokumen Standard Prestasi PSV T3

Assalamualaikum salam 1M,

Mohon maaf kerana lewat serta jarang-jarang berkongsi kebelakangan ini disebabkan pelbagai tugas dan kekangan masa.. Kepada guru-guru yang mengajar PSV T3 bermula tahun 2014, terkini terdapat perubahan Dokumen Standard Prestasi PSV T3 yang boleh di muat turun di link berikut di bawah. Walaubagaimanapun, DSP ini masih juga di peringkat Draft, sebarang perubahan DSP akan dimaklumkan kemudian... In Sya Allah

Selamat menjalankan tugas..

DSP PSV T3

Dapatkan juga Rancangan Pengajaran Tahunan, Sukatan, Huraian Sukatan serta Dokumen Standard Prestasi di sini

RPT SUKATAN HSP DSP PSV