28 Feb 2010

Seni Kraf Wau - Khazanah Tradisional Negara





Pengenalan

Sejarah Wau

1. Seni kraf wau mempunyai nilai astetik yang tersendiri dan penuh dengan seni halus.
2. Asalnya, wau merupakan permainan masa lapang petani terutamanya pesawah padi.
3. Wau diperbuat daripada kertas yang berangka (daripada buluh). Popular di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Wau dikenali sebagai ‘Layang-layang’ di negeri Johor, Negeri Sembilan dan Selangor.
4. Wujud sejak 3000 tahun lalu di negeri China. Ia digunakan untuk menghantar makanan kepada mereka yang terperangkap di bukit.
5. Pada masa ini, seluruh dunia meminati permainan wau. Malaysia merupakan tuan rumah bagi pertandingan wau sedunia. Ia dijadikan acara pertandingan tahunan dan sebagai tarikan pelancong.

wau bulan besar

Kategori Wau


1. Wau yang dipertandingkan untuk ketinggian
2. Wau yang dipertandingkan berdasarkan kecantikan dan kehalusan
3. Wau untuk hiasan dan replika

Pertandingan Ketinggian


1. Wau akan diterbangkan setinggi sekurang-kurangnya 500 kaki dari bumi.
2. Pihak juri pengadilan akan menilai kedudukan tegak wau semasa berada di awangan.
3. Ukuran tegak di ukur berdasarkan ketegangan tali wau.
4. Wau yang sentiasa berada dalam kedudukan menegak akan mendapat markah yang tinggi.

Pertandingan Kecantikan

1. Wau dipertandingkan berdasarkan keindahan rekaan corak pada badan wau.
2. Kreativiti dan originaliti corak akan menentukan markah yang tinggi.

Motif flora menjadi inspirasi rekaan corak

Kehalusan inilah yang menjadikan wau sebagai seni warisan negara
 
Wau Hiasan dan Replika


 
1. Ia merupakan wau untuk tujuan replika ataupun tujuan hiasan di rumah, pejabat dan sebagainya.
2. Ia juga dijadikan sebagai cenderahati.
3. Fungsi ini menjadikan wau sebagai salah satu sumber pendapatan kepada pembuat wau dan peniaga barangan hiasan

Jenis-jenis Wau

Terdapat berbagai jenis wau di seluruh Malaysia. Disenaraikan beberapa contoh wau yang popular

Wau Bulan
Wau yang paling popular. Badan berbentuk seakan-akan bulat, manakala ekor pula berbentuk bulan sabit. Terdapat bentuk bulat (bulan penuh) di bahagian pinggang wau. Sangat popular di Kelantan.

Wau Kucing
Wau yang disukai bentuknya. Bentuk badan dan sayap sedikit bujur, ekor pula berbentuk ekor ikan. Bahagian pinggang adalah sedikit ramping.
Wau Jala Budi
Wau ini menggambarkan seekor ikan di mana ekornya adalah seperti ekor seekor ikan. Oleh sebab itu ianya dikaitkan dengan nama jala.
Wau Merak
Perbezaan hanya pada ekor iaitu kembang seperti ekor burung merak.
Wau Barat
Seiras wau bulan. Perbezaan ialah badan dan sayap lebih bujur. Kebiasaannya ekor wau lebih kecil dan leper berbanding wau bulan.

Wau payung berekor

Wau helang

Wau kenyalang

Wau puyuh
 
Wau daun

Alatan dan Bahan


1. Buluh duri amat sesuai dijadikan sebagai rangka wau manakala buluh betong pula dijadikan tulang belakan
2. Parang digunakan untuk menebang dan membelah buluh. Pisau dan piau raut digunakan tujuan meraut.
3. Nylon digunakan untuk mengikat rangka wau. Tangsi pula diguna untuk menerbangkan wau.
4. Gam atau kanji digunakan untuk menampal corak dan kertas warna pada badan wau.
5. Pelbagai kertas warna boleh digunakan mengikut citarasa pembuat wau.

Proses Penghasilan Wau
1. Memilih buluh
2. Meraut buluh
3. Membuat rangka
4. Menampal rangka
5. Membuat corak
6. Menampal corak
7. Memasang teraju

 Memilih Buluh
Buluh yang paling baik untuk membuat rangka wau ialah buluh duri dan dikeringkan. Buluh betong pula amat sesuai untuk dijadikan sebagai tulang belakang wau.

Meraut Buluh
Buluh tersebut diraut namun kulit buluh tidak dibuang. Bilah-bilah buluh dilayurkan pada api sebelum dilentur.


Membuat Rangka
Buluh betung sebagai tulang belakang wau. Rangka pula daripada buluh duri. Bilah buluh perlu diseimbang. Nylon digunakan untuk mengikat rangka wau tersebut.

Menampal Rangka
Proses menampal rangka wau dilakukan menggunakan kertas warna. Kertas warna perlulah bersesuaian.

Membuat Corak dan Menampal Corak
Corak yang siap ditampal pada kertas warna kemudian dilekatkan pada badan wau.


Memasang tali teraju
Proses terakhir membuat wau ialah memasang tali teraju. Terdapat 2 jenis tali teraju iaitu Teraju Dua dan Teraju Tiga. Selepas memasang tali teraju, proses wau ini lengkap sepenuhnya

Bahagian-bahagian Wau

Tokoh-tokoh Wau
Hashim B. Awang
Berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Mula membuat wau sewaktu kanak-kanak lagi.
Beliau pernah memenangi pertandingan wau hiasan selama tiga tahun bertuut-turut. Karya wau beliau menjadi hiasan di Bangunan Suruhanjaya Malaysia di London.

Wan Su B. Wan Othman
Berasal dari Besut, Terengganu. Beliau juga merupakan seorang pengukir terkenal. Melalui kemahiran mengukir, beliau menghasilkan corak-corak wau bermotifkan bunga ukir.
 
download bahan pengajaran wau di bawah:
Seni Kraf Seni Kraf Khazanah Tradisional Wau

26 Feb 2010

Batik Lukis

Batik Lukis


Batik lukis menggunakan canting dan lilin. Warna sama seri di kedua-dua belah kain. Jalinan dan warna adalah penuh gaya serta mempunyai identiti corak tersendiri kerana dilukis oleh pandai tukang. batik lukis juga dikenali sebagai batik canting atau batik conteng

Alat

1. Canting
2. Pemidang
3. Berus
4. Periuk
5. Kuali atau bekas
6. Dapur

Bahan

1. Kain putih (jenis kain kapas)
2. Campuran lilin
3. Bahan pewarna
4. Bahan pemati warna (fixer)
5. Debu soda

peralatan dan bahan yang diperlukan

canting digunakan untuk melukis lilin panas ke permukaan kain sebelum diwarnakan

Teknik dan Proses

1. Kain dibersih dan dikeringkan
2. Kain ditegangkan pada pemidang kayu
3. Motif dan corak dilakarkan dengan pensel di atas permukaan kain

4. Bahan campuran lilin dipanaskan sehingga cair

5. Canting digunakan untuk mengisi lilin cair dan melakarkan corak pada kain

6. Berus digunakan untuk untuk menyapu warna mengikut gubahan warna yang telah ditetapkan

7. Kain yang telah siap diwarnakan dibiarkan kering

8. Kain direndam atau disapu dengan sodium silikat selama 8 – 12 jam untuk mematikan warna

9. Kain direbus dalam campuran air dan debu soda

10. Kain dicuci, dibilas kemudian dijemur ditempat redup atau digosok sehingga kering

Kekemasan dan Persembahan

1. Garisan lilin kemas dan tidak putus-putus
2. Sambungan garisan tidak ketara
3. Tiada kesan lilin
4. Warna tidak bertelau-telau
5. Warna motif dan latar bersesuaian
6. Aliran corak harmoni dan seimbang
7. Mempunyai nilai dan identiti sendiri

Lihat Video Pembikinan Batik


Download Bahan Bantu Mengajar Batik Power Point
Batik

Kaedah Cetakan Stensil (potongan kertas)

Cetakan Stensil


Cetakan stensil merupakan kaedah yang paling mudah bagi pemula-pemula atau pelajar-pelajar yang baru diperkenalkan dengan cetakan ini kerana bahan yang digunakan adalah lebih mudah. Anda sebagai guru yang baru mengenali cetakan juga boleh mempraktikkannya di sekolah. Pelajar-pelajar agak suka menghasilkan kerja cetakan ini terutama sekali jika cetak pada kemeja T mereka

Peralatan dan bahan yang dikehendaki

sekuji (digunakan untuk mencetak)

Peralatan bahan yang diperlukan ialah:-
1. Skrin
2. Dye fabrik atau pewarna
3. Sekuji
4. Kain organdi (untuk diregangkan pada skrin)
5. Kain atau kertas untuk cetakan
6. Kertas (untuk melukis imej)
7. Cutter/pisau (untuk memotong imej)
8. Pita pelekat
9.Stepler gun

Proses

Sediakan skrin dengan meregangkan kain organdi dengan menggunakan stapler gun. Pastikan kain tersebut benar-benar tegang

Lukis imej yang dikehendaki pada kertas seperti imej flora, tulisan atau logo tertentu.

Potong bahagian positif imej dan tinggalkan bahagian negatifnya.

Lekatkan imej yang telah siap dipotong tadi pada bahagian belakang skrin dengan kemas dan lekatkan pita pelekat agar imej tidak tertanggal semasa mencetak

Skrin telah sedia untuk dicetak. Letakkan kain atau kemeja T di bahagian bawah skrin, jika menggunakan kemeja T, pastikan bahagian dalam kemeja T hendaklah dilapik dengan kertas tebal atau kadbod agar tidak terkena pada bahagian belakang baju.

Tuang dye fabrik di atas hujung skrin sebanyak yang dikehendaki

 Cetak menggunakan sekuji, anda hendaklah memastikan skrin tidak bergerak-gerak semasa cetakan kerana ini akan mengakibatkan imej yang dicetak akan rosak, sekuji juga hendaklah dicondongkan sedikit bagi mendapat kesan yang sempurna. Jangan cetak berulang-ulang kali kerana ini mungkin akan merosakkan imej atau dye akan masuk terlalu banyak.

Karya cetakan yang telah siap

Anda juga boleh minta pelajar cetak pada permukaan kemeja T, ini lebih menyeronokkan dan pelajar-pelajar lebih enjoy menghasilkan aktiviti tersebut. Jika menggunakan beberapa warna, anda perlukan menghasilkan beberapa imej mengikut warna-warna yang dikehendaki dan skrin yang berbeza.